Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Viktor Axelsen tarik diri kerana terlalu penat

viktor-axelsen.jpg
Penantian peminat badminton tanah air untuk terus menyaksikan kelibat perseorangan lelaki nombor satu dunia, Viktor Axelsen,  tidak menjadi kenyataan apabila wakil Denmark itu menarik diri daripada Kejohanan Badminton Masters Malaysia yang bermula esok. 

Juara Terbuka Malaysia 2022 itu mengambil keputusan berkenaan selepas menyertai lima kejohanan berterusan sejak akhir April lalu yang menyaksikan merangkul lima gelaran juara musim ini. 

Selain Masters Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, Axelsen juga tidak akan menyertai Terbuka Singapura yang akan bermula minggu depan. 

"Saya tersangat letih selepas pertarungan hari ini (semalam). 

"Saya juga berdepan beberapa rintangan seperti pemain lain tapi hasrat ini saya sendiri yang putuskan," katanya selepas menjuarai Terbuka Malaysia semalam dengan menewaskan Kento Momota secara straight set. 

 

Advertisement

Must Watch Video