Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Perjalanan Anna-Mei Xing berakhir di suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

anna-cheong-meixing.jpg
Perjalanan beregu wanita negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing, berakhir di pusingan suku akhir Masters Malaysia, apabila tewas kepada gandingan ranking ke-11 dunia dari Korea Selatan.

Secara keseluruhan, pasangan kedua Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu berpuas hati dengan prestasi mereka biarpun Mei Xing beraksi dalam keadaan cedera di bahagian bahu kanan sejak pusingan pertama. 

Gandingan ranking ke-37 dunia itu mengakui faktor kesilapan mudah punca mereka tewas di set pertama dengan keputusan 14-21. 

Memasuki set kedua, Anna-Mei Xing bermula baik mendahului lawan namun pengalaman pasangan Korea tersebut lebih cekap membaca corak permainan wakil negara untuk menoktahkan kemenangan 21-18. 

Selepas melakar beberapa kejutan di Terbuka dan Masters Malaysia sejak minggu lalu, juara Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022 itu berjaya memperbaiki kedudukan ranking dari 44 ke-37 dunia. 

Selepas ini, Anna-Mei Xing akan kembali beraksi di Kejohanan Dunia pada akhir bulan depan, selepas menarik diri daripada saingan Terbuka Singapura dan Taiwan.

Advertisement

Must Watch Video