Dalam setiap cerita gembira, pasti ada khabar duka!
Status selaku juara bertahan Masters Malaysia gagal digunakan sebaik mungkin pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai, untuk mencipta sensasi selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam kejohanan sama.
Beregu campuran negara itu ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama sebentar tadi apabila dibayangi pencabar dari Denmark, Mads Vestergaard-Christine Busch.
Shevon yang tampil segar dengan gaya rambut fesyen baharu berdepan kesukaran untuk mengekang asakan lawan sebaik aksi bermula dan kembali memperkemaskan permainan dalam set kedua, namun masih tidak cukup untuk mengelak kekalahan 18-21, 19-21.
"Persembahan kami pada hari ini kurang stabil, kurang konsisten.
"Apa yang bagusnya, kami cuba bangkit dan masih mencuba corak permainan yang berbeza.
"Kami memerlukan masa untuk mendapatkan rentak permainan yang kami mahukan. Namun, ia untuk kebaikan pada masa depan juga.
"Gandingan saya juga baru pulih dengan kecederaan sejak beberapa minggu lalu," katanya.
Tambah Soon Huat: "Saya agak berpuas hati kerana masih boleh beraksi kerana mahu berlari, melompat mahupun rentak juga tiada.
"Kehadiran jurulatih boleh membantu kami untuk lebih fokus dan menyediakan maklumat yang lebih baik.
"Ia membolehkan kerjasama kami di atas menjadi lebih bagus."