Juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mengenai Kejohanan Masters Malaysia 23 hingga 28 Mei ini yang juga merupakan Siri Jelajah Dunia BWF pertama menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.
Aaron-Wooi Yik optimis kaedah latihan baru yang diterapkan jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky, banyak membantu mempersiapkan gaya permainan mereka menjelang kejohanan-kejohanan penting bulan depan.
"Saya rasa (sesi latihan kebelakangan ini) boleh tahan buat kami tapi saya tidak boleh dedah terlalu banyak, ada perbincangan peribadi di antara kami dan Rexy.
"Kami menonton rakaman simulasi mengenai kesilapan yang sering dilakukan," kata Aaron di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.
Sebelum itu, gandingan utama negara berkenaan kurang menyerlah dalam Jelajah Eropah pada bulan lalu apabila gagal melepasi pusingan kedua dalam tiga kejohanan berturut-turut.
Menurut Wooi Yik pula: "Memang penting tapi bagi saya ia adalah (proses) secara berperingkat. Main di tempat sendiri bukan senang.
"Kami perlu bersedia menyerap segala tekanan. Jadi kami perlu nikmati pertarungan dan berikan yang terbaik."
Aaron-Wooi Yik bakal kembali beraksi dalam Kejohanan Badminton Asia, bulan ini, sebelum berlepas ke China bagi Piala Sudirman dan bermula mengutip mata kelayakan Olimpik menerusi Masters Malaysia bulan depan.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, berpesan kepada pemain-pemain negara agar tidak gentar atau takut dengan kehadiran penonton dalam Masters Malaysia kelak.
"Mereka patut bangga kejohanan ini kembali diadakan.
"Kita tidak perlu berasa gemuruh. Walaupun di keliling peminat Malaysia tetapi mereka perlu tahu bahawa peminat untuk menyanyangi mereka, bukan semuanya mahu menakut-nakutkan pemain.
"Peminat datang untuk beri mereka kekuatan, motivasi dan pemain perlu ambilnya secara positif.
"Peminat (tetap setia) menonton perlawanan siri jelajah di Eropah membabitkan pada seawal 2-3 pagi, inikan bila pemain berhadapan dengan peminat sendiri jadi kami perlu berikan hasil yang setimpal buat mereka," katanya pula.