Keputusan beregu wanita negara yang mengecewakan dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia menjadi bukti Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhak menuntut perubahan daripada barisan jurulatih dan pemain skuad itu.
Secara keseluruhan, lima beregu wanita membawa cabaran skuad kebangsaan dalam kejohanan di Arena Axiata, Bukit Jalil itu.
Namun, pencapaian terbaik bukan daripada kalangan pemain senior, sebaliknya menerusi gandingan muda, Pearly Tan dan M. Thinaah, yang kemudian tersingkir dalam pusingan kedua.
Beregu wanita di samping perseorangan wanita dikenal pasti badan induk itu menerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) sebagai skuad yang memerlukan rombakan yang membabitkan jurulatih senior seperti Datuk Tey Seu Bock dan Rosman Razak.
Difahamkan, BAM memberi tempoh sehingga 30 April depan, yang merupakan tarikh tutup kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebelum melaksanakan sebarang perubahan.
"Semalam, Presiden BAM (Datuk Seri Norza Zakaria) melontarkan peringatan kepada Seu Bock dan Rosman agar bangkit.
"Ia satu tuntutan buat mereka. Bukan sahaja pemain, jurulatih juga perlu diberi peringatan.
"Mereka perlu hasilkan keputusan. Apa sahaja yang dilakukan, ia perlu bersandar kepada keputusan," kata bekas Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Datuk James Selvaraj, hari ini.
Tambahnya: "Mereka telah berlatih dengan gigih dan membelanjakan wang kerajaan serta pembayar cukai.
"Apabila mereka gagal menghasilkan keputusan yang memberangsangkan, semua orang akan berasa marah tetapi kalau menang, semua orang akan bergembira dan memuji mereka.
"Peringatan ini untuk semua pihak, bukan seorang dua jurulatih sahaja, ia bagus untuk sukan badminton (di negara ini).
"Pembaharuan harus dilakukan dalam masa terdekat, tidak boleh tunggu lagi.
"Mereka ada Projek 2024, Sukan Olimpik juga akan berlangsung enam bulan lagi. Jadi, bagi pemain yang telah layak, pastikan mereka dapat berikan (aksi) 100 peratus, bukannya 50 peratus."
Editor: Shaiful Shamsudin