BADMINTON
Masters Malaysia: Beregu nombor satu dunia sekat Pearly-Thinaah ke final
Hasrat untuk menyaksikan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, untuk ke final Kejohanan Badminton Badminton Masters Malaysia tidak kesampaian selepas wakil negara itu tewas kepada gandingan pilihan utama dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fen, dalam separuh akhir sebentar tadi.
Disokong oleh sorakan padi penyokong tempatan di Arena Axiata, Bukit Jalil, Pearly Dan Thinaah, bagaimanapun, bergelut untuk menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang sepanjang set pertama.
Mereka tidak pernah mendahului sebaik lawan memperoleh mata pertama sebelum terpaksa akur tewas mudah 21-10.
Iklan
Aksi lebih kemas dipamerkan Pearly dan Thinaah dalam set kedua, di mana mereka kerap mengejar mata lawan tetapi sebaik mengikat kedudukan 19-19, mereka membenarkan lawan di ranking nombor satu dunia itu -- yang juga merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 -- memperoleh dua mata terakhir, sekali gus menamatkan pertarungan selama 43 minit itu dengan kekalahan 21-19.
RESULTS: #PMM2022SF#CHN?? Chen Qing Chen-Jia Yi Fan(1) def. #MAS?? Pearly Tan-Thinaah M 21-10 21-19#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/27Ps4F9J8U— BAM (@BA_Malaysia) July 9, 2022
Must-Watch Video