BADMINTON
Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik tepati ramalan, mara ke suku akhir
Gandingan nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menepati ramalan untuk mara ke aksi suku akhir selepas menewaskan wakil Korea Selatan, Kim Gi-jung-Kim Sa-rang dalam akdi straight set di pusingan kedua Masters Malaysia.
Di sebalik kemenangan itu, Aaron-Wooi Yik mengakui masih tidak berpuas hati dengan persembahan mereka yang nampaknya masih mengulangi kesilapan sama selepas memenangi aksi pusingan kedua Masters Malaysia dengan keputusan 21-18, 21-18.
Sebelum ini, Aaron-Wooi Yik pernah bertemu dengan gandingan sama di saingan Terbuka Indonesia di mana kemenangan berpihak kepada Aaron-Wooi Yik 21-18, 11-21, 21-11.
Iklan
Berdasarkan keputusan itu, Wooi Yik menyatakan bahawa dia dan Aaron sudah mula menjumpai rentak permainan dan keyakinan mereka untuk meraih kemenangan di aksi suku akhir esok yang nampak mampu memihak kem negara
Sementara itu, Ng Tze Yong terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas akur dengan kekalahan selepas bertemu pemain keempat dunia, Chou Tien-chen.
Kedua-dua pemain itu belum pernah bertemu dan mungkin itu yang memberi sedikit kelebihan kepada Tze Yong pada awal set pertama di mana dia mendahului 7-5.
Namun pengalaman Tien-chen terserlah apabila dia memintas Tze Yong dan mendahului 18-16 sebelum wakil Taiwan itu menoktahkan kemenangan set pertama 21-18.
Tze Yong yang mempunyai semangat juang tinggi menampilkan aksi mantap di set kedua dan cuba mencuri mata dari Tien-chen walaupun ketinggalan pada awal permainan.
Tze Yong berjaya mendahului 9-6 namun pengalaman dimiliki lawan Tien-chen memainkan peranan utama dan selepas bertarung selama 51 minit dan memastikan kemenangan straight set 21-18, 21-16
Must-Watch Video