Tiga wakil negara meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir kejohanan Badminton Terbuka Masters Jepun 2025 di Gimnasium Wilayah Kumamoto, sebentar tadi.
Beregu Wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir selepas menumbangkan lawan dari Korea Selatan Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo, menerusi aksi straight set 21-14,21--9.
Pearly-Thinaah yang merupakan pilihan pertama kejohanan itu akan berdepan wakil dari Taiwan, Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun, dalam suku akhir esok.
Dalam pada itu, Arif Junaidi-Yap Roy King, turut mencipta sensasi sama selepas menewakan wakil tuan rumah, Takumi Nomura-Yuichi Shimogami, dalam tempoh 32 minit.
Mereka yang turun selaku pilihan ketujuh kejohanan itu beraksi cemerlang dalam set pertama apabila mengungguli 21-11, selepas menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-19 dalam set kedua.
Dalam satu lagi perlawanan menyaksikan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, terpaksa bermandi peluh sebelum mara ke suku akhir.
Dalam aksi rubber set itu menyaksikan mereka tewas tipis 23-21 dalam set pertama sebelum kembali berjuang dalam set kedua sekali gus menoktahkan permainan dengan kemenangan 26-24.
Keputusan Lain:
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tewas kepada Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita (17-21,21-10,14-21)
K. Letshanaa tewas kepada Chiu Pin Chian (22-24,18-21).
Grab Sekarang

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu
Ringan, seimbang & tahan lasak — raket Yonex ni sesuai untuk training mahupun perlawanan.
Grab Sekarang