Skip to main content

Badminton

Masters Jepun: Ng Tze Yong menang mudah!

tzeyong.jpg
Tiada masalah buat pemain kelahiran Johor, Ng Tze Yong untuk meneruskan langkah ke pusingan 16 terbaik apabila mudah menundukkan wakil Taiwan, Wang Tzu Wei menerusi aksi straight set, 21-12, 21-11.

Kedua-duanya pernah bertemu sekali sebelum ini dengan kelebihan dipegang Tzu Wei yang raih kemenangan menerusi aksi tiga set di saingan Terbuka Thailand .

Namun kali ini, Tze Yong  melunas dendam. Hanya 37 minit diperlukan Tze Yong untuk menunjukkan jalan keluar kepada lawannya ini sekaligus menyaksikan dia bakal bertemu sama ada pilihan utama kejohanan, Viktor Axelsen atau pemain Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo.

 

Advertisement

Must Watch Video