Viktor Axelsen menidakkan laluan perseorangan negara, Ng Tze Yong, dalam Kejohanan Badminton Masters Jepun BWF di Kunamopto, sebentar tadi.

Tze Yong, bagaimanapun, tidak mudah tunduk dengan pilihan nombor satu itu dengan menguasai set pertama.

Pemain negara itu memenangi set pertama 22-20 setelah melepasi tentangan bintang Denmark tersebut yang mengejar di kedudukan 18-20.

Namun, Axelsen kerap memerangkap Tze Yong untuk mencatat rentetan tujuh mata sebelum menang 21-11.




Tze Yong kemudian mengatur langkah dengan meraih empat mata berturut-turut dalam awal set penentuan untuk mendahului 6-3.

Begitupun, Axelsen bangkit menyusun rentak yang lebih meyakinkan dengan mengikat kedudukan 13-13, kemudian mendahului sebelum terikat 18-18.

Dan tiga mata selepas itu mnenyimpulkan pertemuan mereka yang menyaksikan Axelsen ke suku menerusi kemenangan 21-18 dalam set ketiga.