Empat wakil negara akan meneruskan cabaran dalam suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia (Indonesia Masters Badminton Championship) selepas menewaskan lawan masing-masing di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta hari ini.
Mengetuai kemaraan itu adalah perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, yang tidak berdepan masalah untuk menewaskan wakil Belanda, Mark Caljouw.
Pemain pilihan kelima berusia 24 tahun itu hanya memerlukan 37 minit untuk mencatatkan kemenangan 21-17, 21-14, sekali gus akan bertemu pilihan keempat dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, bagi penentuan ke separuh akhir esok.
Turut meneruskan kemaraan ke suku akhir adalah dua beregu lelaki utama negara.
Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke suku akhir selepas menewaskan beregu tuan rumah, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, 27-25, 21-14, untuk bertemu wakil China daripada pusingan kelayakan, Liang Wei Keng-Wang Chang, dalam pusingan berikutnya.
Bagaimanapun, Goh Sze Fei dan Nur Izzudin Rumsani -- yang menewaskan satu lagi gandingan Indonesia, Sabar Karyawan Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, 23-21, 17-21, 21-9 --meniti ranjau berbeza apabila dijadualkan untuk bertemu beregu pilihan utama, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo, di peringkat suku akhir.
Dalam pada itu, beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, akan berdepan gandingan pilihan keempat dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai, selepas menewaskan wakil Korea Selatan, Baek Ha Na, Lee Yu Lim, 21-23, 21-17, 21-15.

Lee Zii Jia mara ke suku akhir Masters Indonesia & bakal berdepan cabaran tuan rumah Anthony Ginting! ?#Badminton #MastersIndonesia2022 pic.twitter.com/bmneM8oSP9
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 9, 2022