Beregu campuran yang membawa status selaku juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mempamerkan aksi penuh perkasa dalam menyempurnakan kebangkitan sekaligus membawa cabaran ke pentas final Kejohanan Badminton Masters China apabila menewaskan pilihan kedua, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping sebentar tadi.
Masih segar dengan kejayaan mereka di pentas Kejohanan Dunia, Tang Jie-Ee Wei mengambil pendekatan untuk tidak membuat penyertaan di Terbuka Hong Kong minggu lalu dan memberikan tumpuan kepada Masters China.
Bertemu pasangan yang kerap kali mengecap kejayaan di pentas antarabangsa, Yan Zhe-Dong Ping menjadi halangan Tang Jie-Ee Wei di separuh akhir.
Apabila berjaya mengheret permainan ke mata 20-20, Tang Jie-Ee Wei akur tewas set pertama 22-24 di tangan beregu tuan rumah itu.
Bagaimanapun, Tang Jie-Ee Wei mempamerkan kecemerlangan mereka apabila bangkit dalam dua set berikutnya 21-19, 21-17 selepas bertarung selama satu jam 20 minit di gelanggang bagi membawa panji negara ke pentas final.

#ChinaMasters2025
— BAM (@BA_Malaysia) September 20, 2025
XD | SF#MAS?? Chen Tang Jie–Toh Ee Wei 3️⃣ def. #CHI?? Feng Yan Zhe–Huang Dong Ping 2️⃣ 22-24 21-19 21-17
⏱️ 1h 20m
*Into their second straight final! Tang Jie–Ee Wei showed grit to bounce back from a set down and avenge their Sudirman Cup 2025 defeat to the… pic.twitter.com/DF3GfiIzMN