Turun sebagai pilihan ketiga kejohanan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mudah untuk membenam rakan senegara yang kini huni ranking ke-11 dunia iaitu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dengan straight set.

Bertemu buat kali kelapan pastinya kelebihan memihak kepada Aaron dan Wooi Yik yang sudah tewaskan Yew Sin-Ee Yi sebanyak lima kali dari tujuh pertemuan sebelum ini.

Set pertama dominasi penuh dari beregu utama sensasi negara dengan dahului lawan pada kedudukan 11-5 sebelum menang set 21-15.

Set kedua, aksi kejar mengejar berlaku sehingga mereka terikat pada kedudukan 11 sama dan pengalaman selaku ranking teratas dunia membuatkan Aaron dan Wooi Yik berjaya benam Yew Sin-Ee Yi juga dengan mata akhir 21-15.

Untuk makluman, Aaron dan Wooi Yik sudah pun berjaya melayakkan diri ke Final Jelajah Dunia BWF 2023 kerana tergolong dalam kelompok lapan terbaik dunia bagi kategori beregu lelaki namun penyertaan Yew Sin-Ee Yi tampak kelam susulan tewas awal dalam Masters China kali ini.