Kejayaan jaguh China, Lin Dan, menawan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia membuatkan Datuk Lee Chong Wei semakin "membara" untuk kembali ke gelanggang kompetitif ketika dia sedang menantikan lampu hijau daripada pakar perubatan.
Chong Wei mengubat rindu dalam dunia badminton dengan menyaksikan final Terbuka Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil, semalam.
Dia turut dilihat meraikan kemenangan Lin Dan, yang membangkitan nostalgia dan keterujaan buat dirinya.
Bagaimanapun, Chong Wei akur untuk memendam pelbagai emosi ketika kemunculan semulanya di atas gelanggang masih menjadi tanda tanya.
"Perasaan terbakar itu memang ada.
"Jika saya tidak cintakan sukan ini, saya tidak akan berada di stadium.
"Saya sudah 19 tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan dalam darah saya semua adalah badminton.
"Separuh daripada hidup saya adalah badminton.
"Perancangan saya bukan lagi untuk bersara selepas menjalani rawatan (kanser) dan saya kini sudah semakin pulih.
"Ia bukan mudah," katanya.
Dalam laluannya untuk mengembalikan prestasi sebenar selepas mengatasi kanser hidung, Chong Wei tetap menjadikan kualiti sebagai sandaran.
Begitu juga dengan kemahuannya untuk menyertai kejohanan sebagai seorang pencabar dan bukannya sebagai pelengkap jadual.
"Saya dapat mengawalnya secara mental.
"Namun, saya perlu menilai keadaan badan saya sama ada ia mampu bertahan untuk beraksi di tahap antarabangsa.
"Setakat untuk bermain di peringkat kampung, peringkat tempatan, ia tidak akan menjadi masalah.
"Di peringkat antarabangsa, terdapat ramai pemain terkemuka.
"Seperti Lin Dan, dia juga tidak mudah untuk memenangi kejuaraan.
"Daripada lima aksi sepanjang kejohanan itu, dia perlu menghabiskan sekurang-kurangnya tiga perlawanan dalam tempoh lebih sejam.
"Bukan mudah untuk kami mengekalkan tahap kecergasan terbaik memandangkan kami berdua antara pemain paling tua dalam badminton masa kini," tambahnya.