Skip to main content

Badminton

Lightning Cup: Serlah bakat badminton, kuatkan persahabatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

masnah-rais-yatim.jpg
Hari kedua Kejohanan Lightning Cup menyaksikan beberapa perlawanan mencuri tumpuan terutama membabitkan tiga lawan tiga menerusi gandingan dua pemain lelaki dan seorang pemain wanita.

Acara final menyaksikan pertembungan trio daripada Singapura berdepan dengan wakil negara.

Perlawanan berlangsung agak sengit, namun gandingan Singapura itu nyata lebih hebat untuk mencatat kejayaan dengan keputusan 31-23.

Dalam aksi final beregu campuran 120 pula, gandingan Loh Soon Cheong-Hu Shuzhe menentang Chong Siew Han-Tan Siew Yuen.

Mudah bagi gandingan Soon Cheong-Shuzhe untuk merangkul kejuaraan selepas mencatat kemenangan dengan 31-15.

Turut hadir memberikan sokongan dan menyaksikan Lightning Cup hari ini ialah mantan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

"Kejohanan ini bertujuan, satu, menguatkan persahabatan dan yang kedua, menjaga kesihatan. 

"Sebagai ketua rumah tanggajawab, kami dapat bersukan selama berdekad. 

"Saya menyokong Puan Sri Masnah Muhamat supaya aura badminton dan kekeluargaan dapat diserlahkan," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video