Skip to main content

Badminton

Lightning Cup: Rutin senaman kekalkan stamina Puan Seri Masnah Rais

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

puan-seri-masnah-rais.jpg
Kebanyakan peserta yang menyertai Kejohanan Lightning Cup 2025 mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan kesihatan dan stamina mereka.

Walaupun sudah menjangkau usia lebih 70-an, namun mereka kekal cergas dan mantap ketika beraksi.

Puan Seri Masnah Rais misalnya yang juga merupakan isteri kepada bekas yang Dipertua Dewan Negara dan juga menteri kabinet, Tan Sri Rais Yatim, ada rahsia tersendiri untuk memastikannya kekal sihat.

Walaupun sudah melewati usia 73 tahun, Masnah masih aktif bersukan dan menjadi salah seorang peserta Lightning Cup 2025.


"Selain pemikiran yang positif, suami sentiasa memberikan galakan apa sahaja yang saya lakukanm begitu juga saya. 


"Kami saling melengkapi, lalu menjadikan kehidupan bahagia. Jadi makan, tidur dan beraksi pun jadi sedap. 

"Petang ini suami akan datang dan esok dia akan bersama anak-anak," katanya.

Selain perlu sentiasa berfikiran positif disamping sokongan daripada suami, masa harian puan sri masnah sentiasa dipenuhi aktiviti dalam memastikan tahap fizikal yang sihat.

kebanyakkan masa sengkangnya tidak dibazirkan begitu sahaja sebaliknya sentiasa penuh dengan aktiviti yang bermanfaat.

"Saya berjalan, berenang untuk jaga stamina. Setiap hari saya melakukan senaman.

"Badminton memerlukan stamina yang tinggi," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video