Lebih 500 peserta daripada 15 buah negara kini sudah pun berkumpul di Awana Genting Highland bagi menyertai edisi kedua Kejohanan Lightning Cup yang bermula esok.
Bagi edisi kali ini, penganjur kejohanan berpuas hati dengan persediaan venue setakat ini demi memberikan kelainan kepada semua peserta kali ini.
Selaku penganjur, keselesaan untuk peserta beraksi adalah menjadi keutamaan pada kejohanan kali ini.
"Kejohanan ini menawarkan kelainan beraksi di altitud tinggi, udaranya lebih nipis.
"Selain bulu tangkis bergerak lebih laju, ia juga menuntut lebih stamina jadi ini cabaran baru buat peserta," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sports Arena, Datuk Jack Koh.
Selain itu, kejohanan ini bukan sahaja menyediakan platform untuk menyaksikan peserta vetera merebut kejuaraan, malah sebagai jaringan sosial terbaik untuk bertemu rakan-rakan lama mereka.
"Saya harap dalam penganjuran akan datang, lebih ramai pemain tempatan yang tampil, itulah matlamat asalnya, kata peserta tempatan, Johnny Yong.
Jelasnya, kebanyakan peserta yang menyertai kejohanan ini lebih daripada sebuah kejohanan, bahkan turut meliputi tali persahabatan.
Sementara itu, kebanyakan peserta yang hadir mula mengambil peluang untuk menguji venue kejohanan petang tadi.
Jelas terpancar kegembiraan buat mereka apabila mampu bertemu dan bersua muka kembali dengan rakan-rakan lama dalam sukan yang diminati.
Dalam kebanyakan kelibat peserta yang hadir memanaskan badan di venue kejohanan hari ini individu ini agak mencuri tumpuan.
Walaupun ramai yang mengenalinya sebagai seorang penyanyi veteran tersohor negara tetapi Datuk DJ Dave atau dikenali sebagai Irwan Shah Abdullah sebenarnya seorang pemain badminton yang aktif sehingga ke peringkat antarabangsa walaupun usianya sudah mencecah 78 tahun.
"Saya kerap menyertai Jemputan All-England. Saya juga pernah beraksi dalam kejohanan yang disertai bekas pemain seperti di Poland dan Sweden.
"Saya dapat berjumpa kawan-kawan lama. Saya juga mengenali kebanyakkan presiden persatuan badminton di seluruh dunia termasuk presiden BWF.
Pilih Raket Anda

Badminton Untuk Semua Generasi
Daripada rekreasi ke kejohanan, raket badminton selesa ini teman terbaik di gelanggang.
Pilih Raket Anda