BADMINTON
Lee Zii Jia sudah buat yang terbaik
Pertembungan suku akhir kategori perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton Seluruh England 2024 antara Lee Zii Jia dan pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022, Lakshya Sen pasti menjadi bualan ramai pihak apabila Zii Jia tewas dalam aksi rubber game 22-20, 16-21,19-21.
Namun setelah akur tewas kepada Sen dari India, Zii Jia tampil luahkan rasa kecewanya ketika ditemubual dengan berkata : "Saya agak kecewa dan seperti anda tahu saya tewas dalam perlawanan itu dan saya sudah lakukan yang terbaik.
"Saya rasa saya sudah buat yang terbaik hari ini menentang pemain lawan dan sudah pasti saya rasakan dia juga lakukan yang terbaik, persembahan yang terbaik kita lihat dan saya gembira untuk dia.
Iklan
"Dia agak bergelut dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jadi saya gembira untuk dia, dia sudah kembali.
"Saya rasa walaupun saya tidak berjaya ke peringkat separuh akhir All England 2024. tetapi sekurang-kurangnya maksud saya, dengan permainan saya pada hari ini, sepanjang minggu di All England 2024, saya rasa ya ianya adalah perkara positif yang kami cari sebelum in.
"Saya bermain dengan beliau beberapa tahun sebelum ini di All England juga dan ketika itu, beliau berada di tahap yang terbaik jadi saya merasakan hari ini beliau melakukan perkara yang sama sekali lagi dan saya rasa beliau mempunyai teknik smash baik.
"Saya agak terkejut apabila beliau mampu mengekalkan prestasinya selepas minggu lepas dia menghadapi minggu yang sukar di Terbuka Perancis 2024.
Must-Watch Video