Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Melbourne 2006, Wong Pei Tty, menyarankan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, supaya lebih baik untuk kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Pei Tty menegaskan keperluan untuk beregu wanita yang mengisi kedudukan ketiga dunia itu untuk terus berada dalam badan induk negara, meskipun keputusan tersebut hanya akan ditentukan sebelum Kejohanan Terbuka Jepun bermula 15 Julai ini.
Saranan tersebut dibuat Pei Tty selepas melihat keupayaan pasangan itu untuk mendapat prasarana dan kemudahan seandainya terus kekal bersama badan induk itu.
Menurutnya, BAM dan gandingan negara itu perlu mencapai kesepakatan dengan segera bagi memudahkan fokus mereka terutama apabila beraksi dalam kejohanan besar.
"Kekal bersama BAM masih merupakan pilihan terbaik berdasarkan kemudahan dan sokongan tambahan.
"Sudah tentu pihak luar akan menganggap mereka seperti 'berlagak' kerana belum mahu menandatangani kontrak baru," katanya.
Bekas pemain negara yang kini berkelana ke Singapura sebagai jurulatih itu menganggap keutamaan kini perlu diberikan kepada mencapai badi emas pertama malaysia dalam Sukan Olimpik yang masih belum pernah dibutirkan oleh mana-mana atlet hingga kini.
Mengikuti perkembangan Pearly-Thinaah secara dekat, Pei Tty menyifatkan gandingan itu kini sebagai bertambah matang dalam aspek serangan serta pertahanan, dan jelas menggambarkan betapa penting peranan kedua-duanya buat BAM.
"Mereka sudah tahu corak permainan yang mahu ditampilkan cuma persoalan sekarang adakah kecergasan dan mentaliti mereka mampu dikekalkan atau tidak," katanya lagi.