Skip to main content

Badminton

KLBA jalin kerjasama dengan kelab badminton terkemuka Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klba.jpg
Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) sah menjalinkan kerjasama dengan kelab badminton terkemuka Thailand, Banthongyord .

Banthongyord merupakan kelab yang bertanggungjawab melahirkan jaguh perseorangan wanita dunia, Ratchanok Intanon, dan perseorangan lelaki meningkat naik, Kunlavut Vitidsarn.

Menurut Presiden KLBA, Datuk Seri Dr. Jahabardeen Mohamed Yunoos, kesepakatan selama lima tahun itu adalah bertujuan membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melahirkan lebih ramai pemain terbaik di peringkat antarabangsa.

Dengan kerjasama itu, KLBA merancang untuk menghantar sekurang-kurangnya empat pemain berusia 11 tahun dan ke atas untuk ke Thailand tidak lama lagi.

"Perancangannya adalah untuk menjalinkan kerjasama sekurang-kurangnya selama lima tahun," kata Jahabardeen seperti yang dipetik Astro Arena.

"Ia merupakan sebahagian daripada satu lagi projek yang kami ada, iaitu projek Jejak Juara, yang lebih besar. Kami akan melancarkannya tidak lama lagi.

"Di bawah program itu, kami juga ada biasiswa presiden, jadi kami berharap dengan menggunakan dana daripada biasiswa itu, kami dapat menghantar tiga atau empat pemain terbaik untuk dilatih di Sekolah Badminton Banthongyord."
 

Advertisement

Must Watch Video