Skip to main content

Badminton

KLBA harap Datuk Bandar Kuala Lumpur buka hati

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klba.jpg
Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) akan terus memperjuangkan usaha menjadikan Arena Badminton Cheras sebagai 'rumah tetap' mereka, selepas rundingan selama empat tahun dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih belum mencapai kata putus.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos, mengesahkan KLBA akan mengatur pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur (KL)baharu, Datuk Fadlun Mak Ujud, bagi mencari penyelesaian terhadap isu berlarutan itu.

"Kerjasama antara kami dan perhubungan kami juga sangat baik.

"Cuma daripada segi isu tempat tetap belum diselesaikan.

"Saya rasa Datuk Bandar baru ini akan faham situasi ini dan mengapa kami minta untuk bertapak di situ.

"Kami juga boleh membuka satu kedai sukan.

"Banyak program yang boleh menjana pendapatan jika mempunyai tempat yang sesuai.

 

"Kami sangat berharap bahawa dia memahami keperluan KLBA terhadap tempat ini," katanya di Nadi Weekend.

Difahamkan, venue tersebut akan diperuntukkan kepada KLBA selepas mereka mengosongkan Stadium Badminton KL yang dirobohkan. 

Namun, ketiadaan pangkalan tetap kini menjejaskan program pembangunan serta latihan konsisten persatuan.

Badan induk itu sedang menyiapkan surat rasmi untuk diserahkan dalam tempoh dua minggu dalam mengemukakan permohonan mereka sekali lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video