BADMINTON
Keputusan Zii Jia tolak RTG tidak tepat!
" keputusan yang tidak tepat"
Demikian reaksi pemerhati sukan badminton negara, Roslin Hashim yang tidak bersetuju disebalik keputusan jaguh perseorangan lelaki , Lee Zii Jia menolak untuk menyertai Program Sukan Elit Negara, Road to Gold (RTG).
Lebih mengeruhkan keadaan, keputusan Zii Jia itu dibuat selepas beberapa bulan dia tampak berada dalam program (RTG) sebelum dia berhasrat untuk tolak bantuan ditawarkan kerajaan.
Iklan
Tambah Roslin, belum ada lagi atlet harapan negara menolak sebarang bentuk bantuan ditawarkan kerajaan. Dalam konteks ini, bantuan khas untuk mencerahkan lagi harapan menyumbang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024.
Difahamkan, atlet yang berada dalam program (RTG) menerima elaun bulanan yang tersendiri serta segala bentuk bantuan dan sokongan. Untuk rekod, menerusi perkongsian Penyelaras Program, Datuk Stuart Ramalingam sejumlah 2.5 juta Ringgit sudah dibelanjakan terhadap atlet yang terpilih dalam Program RTG.
Ini bermakna, separuh daripada bajet tahunan lima juta Ringgit sudah digunakan sejak pengumuman program (RTG).
"Bagi saya memang tidak adillah kerana dia dah gunakan benefit yang ada tu adalah untuk apa sebenarnya? Adakah untuk kepentingannya sendiri?. Tapi at the end, dia cakap dia tak nak terima Program RTG. Tetapi peruntukan dah guna. Jadi bagi saya tidak adil untuk atlet-atlet yang lain," ujar Roslin kepada wartawan Karl Nunis.
Must-Watch Video