Selepas kejohanan Piala Thomas di Chengdu, baru-baru ini, kini tumpuan beralih kepada latihan persiapan menjelang Sukan Olimpik Paris, yang akan berlangsung bermula 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik itu.

Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia akan mengetuai cabaran yang menyaksikan ini penampilan kedua bintang kelahiran Alor Setar, Kedah itu, selain beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang ingin mengulangi pencapaian terbaik mereka sewaktu Sukan Olimpik Tokyo, Jepun, edisi lalu.

Gandingan Pearly Tan-M Thinaah, mewakili kem beregu wanita juga antara sandaran menghadirkan cabaran dengan status ranking ke-14 dunia.

Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, dan beregu campuran yang sedang meningkat naik, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, secara rasminya akan membuat penampilan pertama di pentas paling berprestij itu untuk membawa misi tersendiri.


Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, telah menyediakan latihan rapi buat pemain badminton negara untuk memantapkan prestasi selain turut menguatkan tekanan mental dan psikologi.

Sesi latihan ini akan dibantu oleh pempengaruh kesihatan, Frederick Tan, yang pakar dalam bidang psikologi.

Skuad badminton negara akan terbang ke Sarawak untuk menajalani 'training camp' di sana sebagai langkah persedian awal mengharungi temasya antarabangsa itu.