Bermula dengan 32 pasukan, kini jumlah itu semakin berkurangan apabila memasuki peringkat separuh akhir dengan empat pasukan mudah menyingkirkan lawan masing-masing dalam Kejohanan Badminton Remaja Astro Bawah 15 (B-15) Tahun Kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.
Selepas dua slot separuh akhir diisi wakil dari utara, CRC Taipex Penang, dan satu lagi dari Lembah Klang, Wolf, apabila mudah menumbangkan lawan masing-masing 3-0 dalam aksi suku akhir pada pagi tadi, tumpuan kini beralih kepada dua lagi slot.
Pasukan Badminton Duo membuat perhitungan dengan Persatuan Badminton Negeri Sembilan (NSBA).
Duo bermula baik apabila menang dua perlawanan pertama dalam aksi beregu campuran dan perseorangan lelaki sebelum NSBA mencuri satu mata dalam aksi perseorangan perempuan.
Namun, gandingan beregu lelaki menoktahkan kejayaan untuk Duo menang 3-1 dan melangkah ke separuh akhir.
Satu lagi perlawanan membabitkan aksi yang penuh sengit di antara Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) menentang pasukan Gemilang.
Bagaimanapun, setelah bertarung selama dua jam 30 minit, kejayaan akhirnya memihak kepada KLBA untuk turut sama menempah tiket ke separuh akhir dengan kemenangan 3-2.
"Dibandingkan dengan aksi semalam, saya lebih yakin dengan anak buah saya pada hari ini.
"Mereka telah memberikan yang terbaik dan mara ke separuh akhir," ujar jurulatih pasukan KLBA, Winnie Lee.