Pilihan utama kategori perseorangan lelaki dan wanita, Soniia Cheah dan Lee Zii Jia, menepati ramalan mara ke final selepas menewaskan lawan masing-masing dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan, hari ini.
Turun selaku pilihan pertama, Soniia mula diberikan tentangan sengit oleh Lee Ying Ying dalam set pertama.
Kemampuan pilihan ketiga kejohanan itu turut menyukarkan Soniia apabila memenangi set pembukaan itu 21-14.
Dengan tekanan yang memuncak, Soniia bangkit dengan membawa perlawanan ke set penentuan apabila menang set kedua 21-13.
Pengalaman yang dimiliki Soniia ternyata menjadi senjata utama apabila berjaya memastikan kemenangan 21-16 untuk mara ke final.
Sementara itu, separuh akhir perseorangan lelaki menyaksikan pertembungan hebat di antara pilihan kedua, Chong Wei Feng, dan Zii Jia yang juga pilihan ketiga kejohanan.
Bagaimanapun, Zii Jia menggunakan peluang hasil daripada banyak kesilapan sendiri Wei Feng untuk menutup set pertama dengan kemenangan 21-9.
Aksi dalam set kedua lebih rancak ditampilkan Wei Feng dalam usaha untuk mengheret Zii Jia ke set penentuan. Namun, dia gagal melakukannya apabila Zii Jia memastikan kemenangan straight set 21-18 untuk berdepan Iskandar Zulkarnain Zainuddin dalam final.