BADMINTON
Kejohanan Dunia BWF: Zii Jia akui bergelut dengan ketahanan mental
'Lawan sebenar saya adalah diri saya sendiri', itu luahan perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, mengakui sedang bertarung dengan ketahanan mental selepas beraksi di lapan kejohanan berturut-turut sejak Piala Sudirman Oktober lalu.
Zii Jia menyedari ia amat penting selepas beberapa pemain utama seperti Viktor Axelsen dan Chou Tien Chen terkandas di peringkat awal sekaligus dijadikan sebagai motivasi dalam meneruskan perjalanan dalam Kejohanan Badminton Dunia Huelva, Sepanyol 2021.
Ia terbukti dalam pusingan kedua, di mana pemenang Seluruh England 2021 itu mempamer aksi kurang konsisten, tewas dalam set kedua ketika berdepan wakil Brazil, Ygor Coelha sebelum menang di set penentuan.
Iklan
Biarpun peluang Zii Jia lebih terbuka selepas ketiadaan beberapan pemain pilihan kejohanan, pemain berusia 23 tahun itu tidak menganggap laluannya mudah, apatah lagi dia tidak berada dalam keadaan mental terbaik.
Zii Jia bakal berdepan cabaran dari wakil Denmark, Hans-Kristian Vittinghus di pusingan ketiga.
Must-Watch Video