Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Waspada ancaman gandingan muda China -- Roslin Hashim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

soon.jpg
Peluang untuk sekurang-kurangnya mara ke peringkat separuh akhir sememangnya tinggi, namun dua beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-YToh Ee Wei, perlu berwaspada saingan pencabar lain khususnya beregu muda daripada China iaitu Cheng Xing/ Zhang Chi.

Ini susulan mereka bakal membawa cabaran negara dalam Kejohanan Dunia BWF di Paris, Perancis yang akan membuka tirai pada 25 hingga 31 Ogos ini.

Bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim, turut menyifatkan gandingan itu berpotensi untuk mencipta kejutan susulan kerana kedudukan mereka di ranking pertengahan membolehkan mereka tampil beraksi tanpa tekanan.


 


Bagaimanapun, Roslin tetap optimis kem beregu campuran negara memiliki peluang cerah selepas melihat kepada laluan undian yang memberikan kelebihan dalam pusingan pertama.

"Peluang saya lihat ada, walaupun peluang untuk gandingan kita mara ke separuh akhir memang ada cuma bagaimana persediaan mereka.

"Mereka perlu berwaspada dengan gandingan muda dari China, mereka tidak berada di di ranking tinggi tetapi yang pada ranking pertengahan itu yang kadangkala boleh menyekat mereka." katanya.
 
Badminton Racket

Sedia Untuk Smash Seterusnya

Tak kira friendly match atau tournament, raket ni buat setiap permainan lebih menyeronokkan.


Miliki Hari Ini

Advertisement

Must Watch Video