Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Tiga perseorangan negara berguru di Denmark

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kenneth.jpg
Tiga pemain perseorangan negara, iaitu Justin Hoh, Leong jun Hao dan K. Letshanaa, akan berguru di Denmark sebelum mengharungi kempen Kejohanan Dunia BWF di Paris, Perancis bermula 25 Ogos ini.

Perseorangan lelaki, Justin dan Jun Hao, berkemungkinan akan berlatih bersama perseorangan negara itu, Rasmus Gemke dan Mads Christophersen, di kem latihan berkenaan.

Peluang itu juga bakal dimanfaatkan sepenuhnya perseorangan wanita, Letshanaa, yang bakal membuat penampilan pertamanya dalam kejohanan terbesar itu.

Ketua jurulatih skuad perseorangan lelaki negara, Kenneth Jonassen, berkata kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis: "Kami dijemput dan berasakan ia merupakan penyelesaian yang baik untuk mendapatkan rakan sepelatih bertahap tinggi dan dapat menyesuaikan diri dengan cuaca (di Eropah).

"Kami menerimanya dan saya rasakan ia peluang terbaik untuk menimba ilmu di tempat berbeza dan kami akan lakukannya seminggu sebelum Kejohanan Dunia."
 

Advertisement

Must Watch Video