Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tang-jie-ee-wei-new.jpg
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, melangkah ke separuh akhir Kejohanan Dunia BWF selepas  mengalahkan gandingan India Dhruv Kapila-Tanisha Crasto di Adidas Arena, Paris, Perancis.

Gandingan hebat beregu negara itu dengan mudah melengkapkan kemenangan set pertama dengan mata 21-15.

Bagaimanapun pada set kedua beregu India cuba untuk memberi sedikit tekanan kepada mereka namun dengan mudah dipatahkan oleh Tang Jie-Ee Wei sebelum melengkapkan kemenangan 21-13 untuk melangkah ke separuh akhir.

Advertisement

Must Watch Video