Jika sebelum ini, pemain beregu wanita negara, Pearly Tan, berkata dia tiada kenangan manis dan hanya ada kenangan buruk dalam Kejohanan Dunia BWF susulan tersingkir dalam suku akhir edisi 2023, dia kini sudah memiliki kenangan yang diingankannya.
Ini selepas Pearly dan gandingannya, M. Thinaah, melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan sama di Adidas Arena, Paris, malam tadi.
Mereka menewaskan gandingan adik-beradik dari Bulgaria, Gabriela-Stefani Stoeva, 21-15, 21-10 bagi memastikan pingat gangsa sekurang-kurangnya sudah berada dalam genggaman mereka.
Bercakap kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, selepas perlawanan itu, Pearly berkata: "Sudah ada kenangan manis tetapi kami masih belum berpuas hati kerana saingan masih belum tamat.
"Kami perlu balik berehat dan fokus sepenuhnya bagi perlawanan esok," katanya.