Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Siaran langsung (live streaming) 2 wakil negara rebut tempat ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bd.jpg
Hanya tinggal dua wakil negara membawa harapan besar untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF di Perancis hari ini.

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah, merupakan pilihan kedua kejohanan akan bertemu seteru tradisi dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, dalam aksi separuh akhir dengan berbekalkan rekod pertemuan yang lebih unggul. 

Sementara itu, The Little Gangsters atau Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan menentang tuan rumah dengan memiliki kelebihan pengalaman untuk mara ke final buat kali pertama. 

SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) SEPARUH AKHIR KEJOHANAN DUNIA BWF 2025

Tarikh: 30 Ogos 2025
Saluran: Astro Arena 2, Astro Badminton (802,815)
Venue: Adidas Arena, Paris
Masa: Jangkaan bermula 5 petang ini
 
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!

Advertisement

Must Watch Video