Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Siaran langsung (live streaming) 2 wakil negara rebut gelaran Juara Dunia!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton-malaysia-world-champ.jpg
Dua wakil negara membawa harapan besar dalam misi menggenggam status jaura dunia susulan melangkah ke pentas final Kejohanan Badminton Dunia BWF di Perancis hari ini.

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah, merupakan pilihan kedua kejohanan akan bertemu seteru tradisi dari China, Liu Shengshu-Tan Ning susulan berjaya meraih kemenangan dalam separuh akhir menentang Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Sementara itu, The Little Gangsters atau Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menewaskan pasangan tuan Thom Gilque-Delphine Delrue ke final buat kali pertama untuk bertemu pasangan China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin, lawan yang menewaskan satu lagi wakil negara, Hong Pang Ron-Cheng Su Yin.
   

SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) SEPARUH AKHIR KEJOHANAN DUNIA BWF 2025

Tarikh: 31 Ogos 2025
Saluran: Astro Arena 2, Astro Badminton (802,815)
Venue: Adidas Arena, Paris
Masa: Jangkaan bermula 7 petang ini


Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!

Advertisement

Must Watch Video