Kehangat Kejohanan Dunia BWF semakin dirasai dengan semua atlet badminton negara mengidamkan kejuaraan bersempena Hari Kemerdekaan bulan ini.
Bekas beregu lelaki nombor satu dunia, Koo Kean Keat, mendedahkan pilihannya berkenaan juara kategori masing-masing bermula 25 Ogos ini.
"Saya memilih perseorangan pertama Thailand, Kunlavut Vitidsarn, menjuarai kategori tersebut.
"Dia tidak memiliki keburukan yang tinggi dalam satu graf," katanya.
Untuk rekod, Kunlavut Vitidsarn pernah memenangi pertandingan itu pada 2023 menewaskan wakil Jepun, Kodai Naraoka.
Konsistensi yang dipegang oleh An Se-young menjadi pilihan Kean Keat menggondol kategori perseorangan wanita, edisi kali ini.
Koo Kean Keat yang pernah bergandingan dengan Tan Boon Heong berharap beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mengulangi pencapaian sama kerana berpendapat mereka sudah serasi dengan tekanan kejohanan itu.
Selain itu, pemenang pingat gangsa Piala Thomas itu mahu melihat Pearly Tan-M. Thinaah menggunguli saingan kategori beregu wanita untuk memecahkan kebuntuan selaku wakil pertama kategori tersebut membawa pulang kejuaraan itu.
"Kebelakangan ini, persembahan yang ditampilkan oleh Pearly-Thinaah sangat matang dan membanggakan," tambahnya.

?? Eyes on Paris!
— BAM (@BA_Malaysia) August 13, 2025
Our shuttlers are set for action at the #BWFWorldChampionships #Paris2025 - here’s who they’ll face on the road to glory ?#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/90fPhgTAbB