Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berasa seakan mimpi selepas dinobatkan selaku juara dunia Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 di Adidas Arena, sebentar tadi.
"Saya rasa seperti masih belum bangun, saya percaya satu demi satu langkah kami boleh menang, sangat gembira hari ini dapat bergelar jaguh dunia." kata Tang Jie.
Dalam pada itu, Toh Ee Wei, mengucapkan terima kasih buat individu yang berada di sebalik kejayaan mereka meskipun bergelut dengan beberapa isu sebelum ini sehingga bergelar jaguh dunia hari ini.
"Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka buat Malaysia, kami menang ini untuk Malaysia, kami takkan mampu lakukan tanpa orang yang menyokong kami.
"Mungkin tiada yang percaya kami, ada pun yang percaya terus kekal (bersama kami) ketika kami sedang jatuh. Terima kasih kepada yang menyokong kami ketika kami ada masalah kerana tahun ini tiada final, ini yang pertama kali. Terima kasih kepada Tuhan kerana membantu kami. Malaysia boleh!" tambah Ee Wei.
Untuk rekod, pencapaian wakil negara itu menoktahkan penantian selama 48 tahun negara sekali gus merupakan beregu campuran pertama yang melakar gelaran itu.
Tahniah Tang Jie-Ee Wei!