Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, bertekad untuk mencipta kejutan dalam Kejohanan Dunia BWF di Paris bermula 25 Ogos ini.
Pemain di rangking ke-25 dunia itu berkata, walaupun membawa status bukan pilihan dalam kejohanan itu, dia yakin mampu menewaskan barisan handalan dunia.
Musim ini, dia pernah mengejutkan nama-nama besar seperti Jonatan Christie, Kodai Naraoka dan Kenta Nishimoto dengan pencapaian terbaiknya mara ke suku akhir Terbuka Singapura pada Mei lalu
"Sudah pasti saya harapkan dapat melakukan siri kejutan dan mendapatkan keputusan yang baik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
"Apapun, saya rasakan setiap hari merupakan satu cabaran, setiap perlawanan mencabar dan perlu melakukan sesuatu yang berbeza dan yang terbaik."