Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Ketua jurulatih perseorangan negara positif meskipun terkilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kenneth-jonassen.jpg
Ketua jurulatih perseorangan negara, Kenneth Jonassen, adalah individu paling kecewa dan sedih apabila tidak mampu menyaksikan anak buahnya, Leong Jun Hao dan K. Letshanaa, mara lebih jauh dalam Kejohanan Dunia BWF 2025 selepas kedua-duanya terkandas dalam pusingan kedua di Paris, semalam.

Bagaimanapun, Jonassen menekankan bahawa masih banyak perkara yang perlu dilakukan dan diperbaiki, meski progres mereka sehingga kini boleh dikatakan baik dan membanggakan.

"Sebagai jurulatih saya paling kecewa.

"Saya tagih lebih lagi. 

"Jun Hao tidak begitu bernasib baik. Mungkin keputusannya tidak tepatnya pada masa yang salah mengundang padah. 

"Namun, dia mempamerkan dia menunjukkan semangat juang tetapi ia tidak menjadi," katanya. 

Sementara itu, pakar dari Denmark itu menganggap Letshanaa kini di tahap mampu mencabar pemain senior. 

"Mungkin kerana dia kurang keyakinan ketika pemain berpengalaman enggan mengalah. 




"Secara keseluruhannya, kami menunjukkan perkembangan tetapi kami masih jauh di tahap mencabar tahap tertinggi. 

"Begitupun kami mempamerkan kemajuan jadi ia satu petanda positif," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video