Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Kem beregu lelaki berpeluang cerah raih kejuaraan -- Pakar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-wooi-yik.jpg
Bekas perseorangan lelaki nombor satu dunia, Roslin Hashim, berpandangan kem beregu lelaki negara memiliki peluang cerah untuk meraih kejuaraan dalam Kejohanan Dunia BWF di Paris bermula 25 Ogos ini.

Ini ditambah dengan keputusan undian yang berlangsung hari ini, di mana tiada laluan sukar untuk kesemua beregu negara untuk ke peringkat suku akhir.

"Kalau kita lihat prestasi beregu lelaki kita memang bagus," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.

"Harapan kita juga memang bergantung kepada sektor beregu lelaki untuk mendapatkan gelaran.

"Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga sudah pernah menjadi juara pada 2023, jadi mereka sudah pasti mahu mengulanginya.

"Kalau kita lihat, prestasi mereka juga amat baik dan dapat meraih beberapa kejuaraan musim ini selepas ketibaan jurulatih Naga Api (Herry Iman Pierngadi).

"Bukan hanya mereka sahaja tetapi beregu lelaki lain juga menunjukkan peningkatan ketara," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video