Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Kalendar terlalu padat, harap mereka tidak cedera -- Hannah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

h.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, enggan memberikan tekanan kepada barisan pemain badminton negara yang berada di bawah Program Road To Gold (RTG) untuk menghadapi Kejohanan Dunia BWF di Paris bermula 25 Ogos ini.

Hannah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa RTG menegaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tidak diukur berdasarkan hanya satu kejohanan, namun dia menegaskan pihaknya tetap akan memantau rapat prestasi pemain negara.

"KPI untuk Program RTG adalah berdasarkan ranking dunia, oleh itu kami putuskan tempoh dua tahun untuk menilai ranking mereka.

"Setakat ini memang MSN mengikuti rapat mereka, untuk badminton tiada masalah cuma saya harap mereka tidak terlalu memenatkan.

"Kalendar badminton terlalu padat, mereka kena terus beraksi. Saya sentiasa doakan mereka tidak cedera kerana itu akan menyukarkan," katanya.

Antara pemain yang berada di bawah program RTG akan beraksi di Paris ialah beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sertai Man Wei Chong-Tee Kai Wun, dan, beregu Wanita, Pearly Tan-M. Thinaah.

Manakala, beregu campuran adalah Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Hannah turut mengulas mengenai kemungkinan kerajaan menyediakan ganjaran khas sekiranya pemain berjaya meraih kejayaan pada hari kemerdekaan 31 Ogos itu nanti.

"Apabila atlet beraksi jangan fikirkan ganjaran kerana jika tiada ganjaran mereka tetap perlu beraksi dengan baik kerana kerajaan telah belanjakan banyak duit untuk persiapan mereka." tambahnya.
Badminton Racket

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu

Ringan, seimbang & tahan lasak — raket ni sesuai untuk training mahupun perlawanan. Bagi keyakinan setiap kali melangkah ke gelanggang.


Grab Sekarang

Advertisement

Must Watch Video