Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Jun Hao perlukan 'magis' -- Kenneth Jonassen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jun-hao.jpg
Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenneth Jonassen, mengakui Leong Jun Hao perlukan 'magis' andai bercita-cita untuk melangkah lebih jauh dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF di Paris, Perancis.

Ia berikutan prestasi semasa Jun Hao yang masih menjadi tanda tanya apabila gagal mempamerkan aksi konsisten pada setiap perlawanan.

Seawal pusingan pertama, Kenneth sudah meramalkan tugas berat menanti pemain ini apabila dijadualkan bertemu Tobias Kuenzi dari Switzerland, dan andai mara, laluan sukar di pusingan kedua apabila kemungkinan bertemu Kenta Nishimoto dari Jepun atau Wang Tzu Wei dari Chinese Taipei. 

Secara realistik, dia mahu melihat sejauh mana Jun Hao mampu menampilkan apa yang dipelajari semasa sesi latihan ke perlawanan sebenar.
 

Advertisement

Must Watch Video