Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Jun Hao harap 'sparring' bersama Antonsen, Gemke beri nilai tambah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jun.jpg
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, yang akan penampilan pertama di Kejohanan Dunia BWF 2025 mengakui ia satu penghormatan besar apabila berpeluang berlatih bersama kem badminton Denmark seminggu sebelum beraksi di Paris.

Jun Hao yakin pengalamannya berlatih dengan pemain handalan seperti Anders Antonsen dan Rasmus Gemke mampu memberikan nilai tambah besar kepada persiapan dirinya.

"Latihan dan 'sparring' bersama pemain terbaik dunia, jadi saya berharap dapat memberikan aksi terbaik. Hampir seminggu berlatih bersama Anders dan Gemke," katanya.

Tidak cukup dengan itu, Jun Hao turut memberikan ulasan terhadap laluan sengit yang bakal dilaluinya sepanjang kejohanan bermula dengan Tobias Kunzi dari Switzerland.

"Saya mahu fokus satu demi satu, meletakkan sasaran yang tinggi tidak begitu membantu saya. Jadi saya fokus dan berharap dapat meraih keputusan baik." tambahnya.
 
Badminton

Kuasa & Kawalan Sempurna

Kalau nak smash lebih bertenaga atau kawal rally lebih lama, mulakan dengan raket yang sesuai.


Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video