Beregu campuran negara keempat dunia itu, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, melangkah ke suku akhir Kejohanan Dunia BWF selepas bangkit mengalahkan gandingan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu, dalam tempoh 1 jam 8 minit, hari ini.
Kemenangan 14-21, 21-19, 21-17 di Paris itu secara tidak langsung menyaksikan kebangkitan mereka dan melayakkan mereka mara ke suku akhir secara berturut-turut.
Kejayaan ini juga menyaksikan mereka terus mendominasi rekod pertemuan 3-0 ke atas lawan.
"Intensiti permainan sebentar tadi cukup tinggi, masing-masing tidak mahu mengalah.
"Kami sudah bersedia dari awal lagi untuk menghadapi pertarungan sukar, kami saling memberi sokongan.
"Saya agak beremosi, bukan mudah untuk beraksi (kali ini), kata Ee Wei.
Tambah Tang Jie: "Pihak lawan main bagus, kami cuba beri tentangan.
"Cuma apabila kami tidak dapat kuasai gelanggang, kami perlu saling mempercayai."
Lebih manis, Port De La Chapelle Adidas Arena, yang pernah menjadi Sukan Olimpik Paris 2024 kini menjadi latar tempat bagi emosi dan kegigihan mereka.
Seterusnya, Tang Jie-Ee Wei akan berdepan wakil India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto, dan sekiranya berjaya, mereka akan menyamai catatan bersejarah Koo Kien Keat–Wong Pei Tty yang meraih pingat di Madrid pada 2006.
"Semuanya mahu menang di peringkat ini. Paling penting kami fokus kepada setiap mata," kata Ee Wei.
Menurut Tang Jie: "Gelanggang ini istimewa buat kami malah semua olimpian.
"Kami perlu fokus dan pulihkan diri untuk esok."