Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bersedia untuk menghadapi sebarang situasi di luar jangkaan usai mara ke pusingan ketiga, Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 di Adidas Arena, Paris, awal pagi tadi.
Aaron-Wooi Yik mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga apabila mudah menumbangkan gandingan Scotland, Christopher Grimley-Matthew Grimley, 21-15, 21-16.
Mereka yang beraksi di gelanggang tiga berkongsikan keadaan angin yang agak kuat sedikit menganggu momentum mereka sebelum kembali mendapatkan rentak terbaik.
"Saya rasa dalam set pertama masih belum sesuai dengan keadaan gelanggang, kerana tidak jangka angin agak kuat. Tapi kami perlahan-lahan tanggani.
"Kami pernah berdepan mereka di Terbuka Thailand, kami harap dapat beraksi dalam satu perlawanan yang baik." kata Aaron.
Wakil negara yang merupakan pilihan kedua kejohanan itu akan turun berdepan rakan senegara yang sedang meningkat naik, Arif Junaidi-Yap Roy King, pada awal pagi Jumaat nanti.
"Saya rasa (keadaan) masih okay, bulu tangkis masih standard. Mungkin di gelanggang tiga lain sedikit daripada aspek angin. Jika kami beraksi di gelanggang satu dan dua ia situasi yang berbeza.
"Ini kejohanan besar, kami perlu bersedia dengan apa-apa situasi." tambah Wooi Yik.

Tidak mengecewakan! ???
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) August 27, 2025
Gandingan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berjaya melangkah ke pusingan 16 #BWFWorldChampionships2025 selepas menewaskan Christopher Grimley-Matthew Grimley dari Scotland.
21-15, 21-16 dalam masa 33 minit.@ASTROARENA pic.twitter.com/n42L4CU6bl