Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Berat juga budak ni -- M. Thinaah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-thinaah.jpg
Beregu wanita negara, M. Thinaah, meraikan kejayaannya layak ke final Kejohanan Badminton Dunia (BWF) malam tadi dengan gaya yang amat unik.

Thinaah ditemu bual wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, dengan menggendong pasangannya, Pearly Tan, sebaik mengesahkan tempat ke penentuan gelaran di Adidas Arena, Paris.

Gandingan negara itu layak ke final selepas menewaskan pilihan ketiga dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, 14-21, 21-13, 21-12 untuk bertemu pilihan utama dari China, Liu Shengshu-Tan Ning, hari ini.

Dalam temu bual berkenaan, Thinaah berkata: "Teruskan menyokong kami tanpa mengira keputusan esok kerana kami sudah pasti akan memberikan yang terbaik.

"Saya kira kita perlu memendekkan perbualan ini kerana berat juga budak ini."

Video:
 

Advertisement

Must Watch Video