Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Anggap ini percubaan untuk saya -- Lee Zii Jia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lzj.jpg
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, terpaksa akur tewas kepada wakil Korea Selatan, Jeon Hyeok-Jin, dalam perlawanan pusingan 64, Kejohanan Dunia BWF 2025 di Arena Adidas, Paris, Perancis, sebentar tadi.

Wakil negara yang berada di ranking ke-52 itu tewas dalam aksi straight set 17-21,11-21 dalam tempoh 41 minit secara keseluruhan permainan.

Bercakap kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, tiada penyesalan jelas terpampang, sebaliknya menjadikan pertandingan tersebut sebagai medan untuk bangkit lebih kuat pada masa akan datang.

 

Meskipun diduga dengan siri kecederaan, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu tetap gembira dapat turun bermain semula selepas hampir 166 hari berehat bagi proses pemulihan.

"Saya sangat gembira dapat kembali ke gelanggang.

"Saya pun tidak meletakkan banyak jangkaan dalam kejohanan ini sebab ini kali pertama saya kembali selepas siri kecederaan.

"Saya anggap ini sebagai percubaan untuk saya. 

"Saya harus mencari semula rentak dalam kejohanan," katanya.
Redoxon

Kekal Kuat, Bangkit Semula

Redoxon dengan Vitamin C & Zinc bantu pertahanan badan anda supaya terus aktif walaupun berdepan cabaran.


Dapatkan Redoxon Sekarang

Advertisement

Must Watch Video