Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia, berharap dapat melihat keempat-empat beregu negara layak ke peringkat separuh akhir Kejohanan Dunia BWF di Paris bermula 25 Ogos ini.
Beregu nombor dua dunia bersama Soh Wooi Yik itu berkata dia mahu tiga lagi gandingan lain, iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Arif Junaidi-Yap Roy King, turut mempamerkan aksi terbaik dan mengubah persepsi orang ramai terhadap kemampuan mereka.
"Tekanan sudah pasti ada tetapi saya berharap, kalau boleh, peringkat separuh akhir semuanya beregu dari Malaysia," katanya kepada Astro Arena.
"Dahulu pada satu ketika, sebelum memenangi Kejohanan Dunia pada 2023, kami kerap terkandas di peringkat separuh akhir sehingga peminat mencadangkan saya dan Wooi Yik berpecah.
"Ia memberikan kami lebih semangat untuk terus berjuang dengan gandingan ini."
Dapatkan Sekarang

Smash Macam Pro!
Lengkapkan diri anda dengan raket badminton profesional untuk kuasa libasan dan kawalan maksimum di gelanggang.
Dapatkan Sekarang