Bekas pemain badminton kebangsaan, Daphne Ng, percaya penganjuran Piala Datuk Bandar Petaling Jaya dapat menjadi medium penyatuan masyarakat pelbagai kaum, menyemarakkan semangat perpaduan, dan seiring dengan sambutan bulan kemerdekaan ke-68 tahun ini.
Hasil kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Malaysian Indian Badminton Association, kejohanan badminton berpasukan itu bakal berlangsung dari 29 hingga 31 Ogos.
Seramai 192 pemain muda dan amatur dari seluruh negara dijangka berhimpun melalui penyertaan maksimum 32 pasukan.
Selain menyatu padukan semua kaum di Malaysia, kejohanan itu diharap menjadi platform strategik mencungkil, membentuk, mengetengahkan bakat-bakat baharu yang berpotensi mewakili Petaling Jaya, Selangor dan seterusnya negara dalam kejohanan yang berprestij.
"Jika sambutan menggalakkan, kami akan berusaha untuk memastikan ia menjadi acara tahunan. Bagi menarik lebih ramai penyertaan, kami akan cuba meningkatkan lagi hadiah yang bakal menanti mereka," kata Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon.