BADMINTON
Kecederaan Pearly Tan tidak menggusarkan
Jurulatih beregu wanita negara, Hoon Thien How, tampil dengan penjelasan tentang status kecederaan yang dialami pemain beregu wanita, Pearly Tan, serta tempoh masa pemulihannya.
Sebelum ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan menjelaskan juara Terbuka Perancis 2022 itu menarik diri daripada Kejohanan Super 1000 itu akibat kecederaan yang dialami ketika beraksi dalam Terbuka Singapura, minggu lalu, secara tidak langsung menyekat penyertaannya dalam Terbuka Indonesia.
Jelas sekali kecederaan tersebut menimbulkan kegusaran, apatah lagi dengan prestasi gandingan itu yang sedang meningkat naik selepas mara ke perlawanan akhir Masters Malaysia.
Iklan
Namun, Thien How menyatakan kecederaan itu bukan ditahap yang perlu dibimbangi, sebaliknya Pearly bakal kembali beraksi di pentas kompetitif dalam masa terdekat.
"Keadaannya semakin baik tapi belum pulih sepenuhnya. Mungkin dia sudah boleh menyambung latihannya minggu depan.
"Selepas beraksi bagus dalam Masters Malaysia, kemudian terlepas Terbuka Indonesia, saya harap ia tidak akan kacau rentak mereka.
"Saya harap mereka akan kembali lebih baik.
"Selepas ini mereka akan memberi fokus kejohanan berturut-turut iaitu Terbuka Korea Selatan, Jepun dan Australia," katanya.
Must-Watch Video