Ketua jurulatih skuad beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, berkata gandingan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kini sudah mampu untuk mengekalkan corak permainan yang diterapkan sewaktu latihan sehingga berhasil menjuarai Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China malam tadi.
Aaron dan Wooi Yik bergelar juara Asia selepas juara dunia 2022 itu hanya memerlukan 47 minit menewaskan wakil tuan rumah, Chen Bo Yang-Liu Yi, 21-19, 21-17 untuk menamatkan kemarau gelaran Malaysia dalam acara itu sejak kali terakhir dimenangi Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada 2007.
Ia menamatkan rentetan aksi hambar gandingan negara itu dalam beberapa kejohanan Eropah sepanjang bulan lalu, khususnya Kejohanan Seluruh England, di mana mereka terkandas seawal pusingan pertama.
Herry berkata kegagalan itu berpunca daripada tahap kecergasan Aaron, yang mengalami kecederaan bahu sepanjang tempoh berkenaan, tetapi menegaskan keadaan itu kini sudah pulih sepenuhnya dan gandingan itu sudah boleh menunjukkan corak permainan sebenar mereka.
"Kalau dilihat dalam set pertama, perancangan permainan mereka sudah berjalan dengan baik walaupun kedudukan mata saling kejar-mengejar," katanya kepada BAM TV.
"Dalam set kedua, pemain China mengubah cara permainan dan Aaron dan Wooi Yik terikut-ikut dengan cara itu.
"Selepas itu, saya memberikan input dan pandangan supaya mereka mengubah cara permainan mereka agar tidak meingikut cara lawan dan hanya mengekalkan cara yang ditetapkan sewaktu latihan.
"Mereka kemudian mengubah situasi itu dan berjaya.
"Jika di Eropah lalu, memang kita tidak berjaya tetapi kegagalan itu adalah kerana pada waktu itu, khususnya sewaktu Seluruh England, Aaron mengalami kecederaan di bahunya, jadi dia tidak dapat bermain dengan maksimum.
"Selepas pulang dari England, kami melakukan terapi dan memulihkan kecederaannya secara perlahan-lahan.
"Saya memberikan mereka sedikit motivasi untuk melupakan perkara yang sudah berlalu dan bersedia sepenuhnya untuk BAC," katanya.