Skip to main content

Badminton

Kami akan sentiasa berjuang lagi -- Kata Pearly-Thinaah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perlty.jpg
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah, optimis masih banyak perkara yang perlu dipelajari selepas mengakhiri kempen Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 selaku naib juara.

Mereka tewas melawan kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, dalam aksi rubber set,14-21,22-20,21-17, dengan semangat juang dan mentaliti juara yang tinggi.

Wakil negara di ranking kedua dunia itu berkongsikan ikrar mereka bahawa akan terus berjuang dalam kejohanan akan datang dalam membawa cabaran negara.

"kami masih banyak untuk belajar terutama daripada senior dan junior kami, kami harap dapat menginspirasi pemain di luar sana bahawa tiada yang mustahil.


 

"Maaf untuk semua rakyat Malaysia kerana tidak dapat memberikan sesuatu untuk hari istimewa ini, kami akan bangkit lebih baik dan Selamat Hari Merdeka." katanya.

Dalam pada itu, Pearly memberikan kata dua buat gandingannya itu yang sentiasa berada di sisi dan membantu dirinya sehingga berada di kedudukan sekarang ini.

"Untuk Thinaah, terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya, sentiasa belajar sesuatu di luar zon selesa dan saya berbangga dengan dia.

"Kami akan sentiasa berjuang lagi." tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video