Ikon badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek, beranggapan pembentukan skuad Piala Sudirman 2019 ditunjangi wajah muda sebagai pelaburan untuk kempen Piala Thomas dan Uber akan datang.
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, berusia 21 tahun, beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing masing berusia 22 dan 21 tahun serta perseorangan wanita, Goh Jin Wei, 19 tahun, akan mengetuai skuad negara di Nanning, China bulan depan.
Ini bermakna kudrat mereka akan menjadi aset kepada badminton Malaysia bagi jangka masa panjang.
Atas dasar itu, Jalani berpandangan kempen Malaysia yang akan dimulakan dengan aksi kumpulan menentang India dan China akan menjadi pengalaman berharga apabila mereka beraksi dalam Piala Thomas dan Uber dalam edisi 2020 dan seterusnya.
"Apa yang BAM cuba lakukan sekarang ialah proses meremajakan pemain-pemain mereka sendiri.
"Apa yang kurang adalah pengalaman mereka. Mereka harus dihantar menyertai banyak pertandingan supaya kita boleh ukur kemampuan mereka. Kalau tidak, kita tidak nampak ada peningkatan ke atas pemain itu.
"Dengan langkah itu, semestinya ia akan makan tahun," katanya.
Jalani dalam masa sama juga menaruh keyakinan kepada pasangan Aaron-Wooi Yik untuk menjadi pasangan nombor satu negara yang berkualiti satu hari nanti.
Ini di sebalik prestasi tidak menentu mereka sejak penampilan dalam final Seluruh England, bulan lalu.
"Jangan letakkan tekanan kepada diri sendiri. Yang penting, usahakan apa yang kurang dan itulah aspek yang harus diperbaiki.
"Kalah menang itu biasa dan selepas beberapa tahun, mereka akan matang.
"Selepas itu barulah kita akan nampak, inilah barisan terbaik negara buat masa ini dan kita harus bekerja keras," tambahnya.